Penterjemahan
Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu
teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah
untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang
sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan
satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia
membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras
dengan perkembangan teknologi, penterjemahan sudah boleh dibantu dengan
mesin.
Teori terjemahan
Teori terjemahan dikemukakan awal oleh Etienne Dolet (1509-1546) pada awal tahun 1540.
Prinsip-prinsipnya adalah:
Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks
asal. Penterjemah mestilah menguasai dengan baik bahasa asal dan bahasa
penerima terjemahan itu.
·
Penterjemah tidak boleh
menterjemah perkataan demi perkataan oleh sebab perbuatan itu akan merosakkan
makna asal teks tersebut dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah dibaca,
walhal teks asalnya mungkin sangat sedap dan mudah dibaca.
·
Penterjemah hendaklah
menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan di dalam bahasa penerima
untuk menggantikan bentuk-bentuk bahasa asalnya.
·
Penterjemah mestilah
mencipta semula kesan dan semangat keseluruhan teks asal.
Dolet juga menyatakan bahawa amat penting untuk
seorang penterjemah mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. Selain itu,
beliau juga menyeru para penterjemah supaya tidak melakukan kesilapan terjemahan
harfiah. Kaedah yang terbaik adalah dengan menterjemah
menggunakan gaya bahasa harian. Kaedah ini amat sesuai terjemahan untuk
pembacaan orang awam. Manakala menurut beliau unsur stilistik penting hanya untuk terjemahan yang serius sahaja.
Prinsip penterjemahan
Penerjemahan merupakan satu pekerjaan yang memerlukan
kesungguhan. Ini adalah kerana penerjemahan yang tidak bersungguh-sungguh akan
menimbulkan kekeliruan pembaca dan lebih-lebih lagi menimbulkan salah faham
pembaca terhadap maksud pengarang teks sumber. Oleh itu, penerjemahan
seharusnya dilakukan dengan berpandu kepada prinsip-prinsip yang tertentu.
·
Tidak mengubah maksud
pengarang teks asal.
·
Prinsip ini adalah jelas
untuk para penterjamah. Tetapi, pada praktikalnya para penterjemah sebenarnya
sukar untuk mengelakkan diri untuk mengubah maksud pengarang secara 100% kerana
faktor perbezaan budaya dan bahasa. Tetapi, ini tidak bermaksud penterjemah
diizinkan mengubah maksud pengarang teks asal dengan segaja.
·
Menghasilkan terjemahan
yang mudah difahami pembaca.
Pentejemahan merupakan sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal dapat dicapai.
Pentejemahan merupakan sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal dapat dicapai.
·
Menghormati tatabahasa
penerima.
Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa bahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.
Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa bahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.
·
Menterjemah Makna Bahasa
bukan menterjemah bentuk bahasa.
Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit dan sukar difahami.
Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit dan sukar difahami.
Maka kesimpulannya, berpandukan kepada prinsip-prinsip
ini, seorang penterjemah diharapkan dapat menghasilkan satu karya yang boleh
dipercayai sebagai satu karya terjemahan, dan karya ini adalah sebuah karya
yang boleh difahami serta selesa untuk dibaca.
Mazhab terjemahan
Terdapat dua mazhab terjemahan iaitu mazhab terjemahan
linguistik dan mazhab terjemahan prgamatik.[2]
Terjemahan linguistik
Mazhab terjemahan linguistik mementingkan terjemahan
semantik perkataan, istilah, frasa dan ayat. Ia menjadi mazhab penterjemahan
utama di Malaysia.[2] Keburukan mazhab ini adalah penterjemah akan
menterjemah setiap patah perkataan buku-buku tanpa memikirkan maksudnya asalkan
ia diterjemahkan. Ini menghilangkan tujuan asal sesuatu terjemahan itu
dilakukan iaitu supaya pembaca faham.
Mazhab terjemahan prgamatik pula membenarkan
penterjemah untuk membuang mana-mana bahagian yang dianggap tidak berguna
dibaca, Mereka boleh menokok di sana sini dengan input-input tempatan apabila
dirasakan perlu.[2] Ia banyak diamalkan di Jepun, Korea, Thailand dan
Indonesia. Mazhab ini memberi dua kelebihan. Pertama, penjimatan kos kewangan
kerana terjemahan tidak dibayar berdasarkan jumlah perkataan yang diterjemah.
Kedua, isi terjemahan pragmatik lebih bermutu kerana ia mengambil kira
bahan-bahan yang relevan dengan keperluan setempat. Ia secara langsung
mendukung proses meribumian ilmu, khususnya ilmu-ilmu sains yang diterokai oleh
ahli sains asing.
Secara umumnya, penilaian hasil terjemahan boleh
dilakukan dari dua segi, yakni penilaian pragmatik dan penilaian semantik.
Dalam penilaian pragmatik, nilai teks terjemahan ditentukan
berdasarkan kesannya terhadap pengguna/pembaca. Dalam penilaian ini ketepatan
makna tidak begitu dipentingkan. Penilaian ini adalah sesuai untuk terjemhan
bahan-bahan yang "ringan" seperti iklan. Terjemahan iklan lebih
mementingkan kesan promosi berbanding ketepatan makna teks asal. Walaupun demikian,
penilaian ini tidak sesuai untuk terjemahan dalam bidang undang-undang dan juga
bidang ilmiah.
Bagi penilaian semantik, biasanya ia diterapkan ke dalam hasil
terjemahan yang berat, seperti dokumen undang-undang, teks agama dan buku-buku
ilmiah. Dalam keadaan ini, sesuatu teks terjemahan dituntut supaya mempunyai
makna yang betul-betul sama dengan teks sumber. Maka untuk menilai teks
terjemahan, ia boleh dilakukan dengan melihat sejauh manakah kesilapan tidak
dilakukan. Kesilapan yang dimaksudkan ialah:
1.
Penerbalikan makna
2.
Peninggalan makna
3.
Penambahan makna
(melainkan jika mengikut spesifikasinya)
4.
Percanggahan makna
5.
Pengubahsuaian makna
Kesilapan-kesilapan ini disusun mengikut tahap
kesalahan yang teruk sehingga kurang teruk. Maka penilaian boleh dibuat dengan
kriteria tersebut.
Secara umumnya, terjemahan bermaksud untuk
menerjemahkan makna teks sumber dan bukannya menerjemahkan bentuk bahasa teks
sumber ke dalam bahasa sasaran. Maka penterjemahan seharusnya fokus kepada makna.
Daripada itu, penterjemahan dimulakan dengan pentafsiran makna dan diakhiri
dengan pengalihan makna itu ke dalam bahasa sasaran. Secara terperinci lagi,
proses penerjemahan akan melalui peringkat seperti berikut:
Kata-kata teks sumber harus ditafsir menurut konteks
ayat. Ini adalah kata-kata dalam sesuatu bahasa mungkin mempunyai lebih
daripada satu makna(polisemi). Selepas sudah mengenal pasti makna kata-kata
teks sumber, maka penterjemah harus mencari kata bahasa sasaran yang sepadan
dengan makna kata itu. Kata yang dicarikan itu seharusnya mempunyai makna yang
terdekat dengan istilah yang diterjemahkan.
Satu masalah umum yang sentiasa dihadapai oleh
penterjemah ialah tiada kata-kata bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa
sumber. Keadaan ini akan timbul apabila sesuatu konsep itu tidak pernah ada
dalam budaya bahasa sasaran. Maka, masalah ini harus diselesaikan melalu cara
di bawah:
·
Memadankan perkataan
bahasa sumber dengan serangkai kata bahasa sasaran.
·
Memadankan perkataan
bahasa sumber dengan perkataan ciptaan penterjemah.
·
Mengambil terus
perkataan bahasa sumber ke dalam teks terjemahan dengan mengubahsuai
sebutan/ejaannya menurut ciri-ciri fonologi bahasa sasaran.
Dalam menafsir makna teks sumber, penterjemah juga
harus mentafsir makna pada peringkat ungkapan, yakni peringkat frasa. Ini
bermaksud penterjemah akan menerjemah satu frasa demi satu frasa. Ini adalah
kerana ungkapan ini mungkin akan membawa maksud kiasan dan dengan itu kita
tidak boleh menafsir makna ungkapan berkenaan berdasarkan makna kata-kata yang
membentuknya. Contohnya, ungkapan "panjang tangan" tidak boleh
diterjemahkan sebegai "long handed", kerana dalam bahasa Melayu
"panjang tangan" membawa makna kiasan "suka mencuri".
Dalam menterjemahkan ayat, unsur makna dalam ayat teks
asal boleh dipindahkan ke dalam sebuah ayat bahasa sasaran, ataupun ke dalam beberapa ayat bahasa sasaran. Ini bermaksud satu ayat daripada teks asal tidak semestinya dipadankan
dengan satu ayat teks sasaran; tetapi boleh dipadankan
dengan beberapa ayat teks sasaran.
Tindakan satu kepada banyak dalam penerjemahan adalah
supaya ayat yang dihasilkan daripada penerjemahan tidak terlalu panjang dan
bertele-tele sehingga menyusahkan pemahaman para pembaca. Dalam keadaan
tertentu, ayat dalam teks asal mungkin terlalu panjang dan sekiranya
diterjemahan terus ke dalam satu ayat akan menghasilkan kesan yang buruk.
Contohnya:
The content of school textbooks is often the issue of
debate, as their target audience is young people, and the term
"whitewashing" is the one commonly used to refer to selective removal
of critical or damaging evidence or comment. (Bahasa Inggeris, satu ayat)
diterjemahkan sebagai:
Penapisan isi kandungan buku teks sekolah adalah satu
isu pendebatan. Ini adalah kerana sasaran pembaca bagi buku teks ialah orang
muda. Dalam pendebatan ini, perihal memindahkan dalil-dalil yang membahaya
sentiasanya dikaitkan dengan konsep "penyucian".(Bahasa Melayu, 3
ayat)
Pada tanggapan umum, penterjemah wacana adalah
himpunan daripada tindakan menterjemah perkataan, menterjemah ungkapan dan juga
menterjemah ayat. Bagi penterjemahan yang baik, wacana seharusnya dijadikan
fokus utama dalam penterjemahan. Penterjemahan wacana boleh dikaitkan dengan
konsep "tiruan".
KELAYAKAN MENTERJEMAH
Seringkali diperkatakan bahawa untuk
menjadi seorang penterjemah, apa yang diperlukan hanyalah kebolehan untuk
berkomunikasi dalam dua atau lebih bahasa. Setiap bidang dalam dunia ini
mempunyai pakar-pakarnya sendiri. Sama bagi bidang penterjemahan ini, terdapat
pakar-pakarnya yang juga telah menetapkan empat panduan utama untuk menjadi
seorang penterjemah yang baik. Empat panduan tersebuat adalah seperti berikut:-
1. Mengetahui dan memahami bahasa sumber
Bahasa
sumber – bahasa asal yang hendak diterjemah ke bahasa yang kedua. Contohnya,
dalam artikel bahasa Melayu yang diterjemah kepada bahasa Inggeris, maka oleh
itu, bahasa sumbernya ialah bahasa Melayu.
Dengan
mengetahui bahasa sumber, ia dapat membantu penterjemah membezakan maksud
sebenar teks asal dan dengan itu, seseorang penterjemah itu dapat menterjemah
maksudnya dengan lebih tepat.
2. Mengetahui dan memahami bahasa penerima
Bahasa
penerima – bahasa ke dalam mana teks asal itu akan diterjemah. Contohnya, dalam
aritkel bahasa Melayu yang diterjemah kepada bahasa Inggeris, maka oleh itu,
bahasa penerimanya ialah bahasa Inggeris.
Sama
peranannya seperti bahasa sumber, pengetahuan tentang bahasa penerima dapat
membantu dalam menterjemahkan sesuatu bahan dengan lebih tepat. Seseorang
penterjemah itu harus menguasai bahasa penerima dan bahasa sumber
sebaik-baiknya. Pendek kata, penguasaan kedua-dua bahasa membantu dalam proses
penterjemahan dalam menjadikan sesuatu bahan dapat diterjemahkan dengan baik
tanpa lari daripada maksudnya yang asal.
- Pengetahuan
dalam bidang yang diterjemah
Penterjemah
bukan sahaja harus memahami kedua-dua bahasa sumber dan bahasa penerima tetapi
juga mengetahui secukupnya bidang yang hendak diterjemah. Ini adalah kerana
bidang–bidang seperti perundangan, perubatan mengandungi terma–termanya yang
khusus.
- Mengetahui
teori dan amalan terjemahan
Penting
bagi seorang penterjemah itu untuk mengetahui melengkapkan diri dengan
pengetahuan dalam bidang penterjemahan terlebih dahulu. Pengetahuan yang
dimaksudkan ialah segala konsep-konsep teori supaya cara penterjemahan yang
betul dapat diaplikasikan.
MASALAH
PERIBADI DALAM TERJEMAHAN
Masalah-masalah peribadi yang dialami
penterjemah seringkali berhubung rapat dengan subjek, bahasa penerima,
ciri-ciri komunikasi dan kaedah terjemahan yang sepatutnya digunakan. Di antara
masalah-masalahnya ialah:-
1. Terlalu mengetahui bidang yang tertentu
Penterjemah
yang terlalu faham akan sesuatu bidang dalam sesuatu bahasa akan mudah
menganggap pembaca juga tahu apa yang diketahui mereka. Oleh kerana itu,
penterjemah akan menterjemah sesuatu bahan itu pada suatu peringkat yang tidak
dapat difahami pembaca. Disebabkan kefahaman yang tinggi akan sesuatu bidang
itu, apa bentuk terjemahan sekalipun difahami mereka. Namun, perkara yang sama
tidak semestinya berlaku kepada para pembaca.
2. Menerima ‘translationese’ tanpa soal jawab
Penterjemahan
bahan-bahan bacaan seringakali diterima tanpa soal jawab di mana mereka
menganggap bahawa penyampaian bahasa bahan-bahan yang sudah diterjemah itulah
satu-satunya bentuk penterjemahan daripada bahan asing. Hal ini biasanya akan
menyebabkan pembaca mudah terjerat oleh ‘translationese’ dan mengabaikan
penggunaan bentuk-bentuk yang lebih original dalam bahasanya sendiri.
3. Tidak yakin pada bahasa sendiri
Ramai
yang rasakan bahasa asing adalah lebih baik daripada bahasa kita sendiri. Oleh
sebab itu, apabila mereka melakukan kerja-kerja penterjemahan, mereka meminjam
terus perkataan bahasa asing ke dalam bahasa kita dan berasa yakin bentuk itu
adalah betul.
4. Keinginan untuk mengekalkan misteri
sesuatu bahasa
Kebiasaannya
ramai penterjemah berasa sekiranya terjemahan telah dibuat, maka terjemahan
tersebut hendaklah jelas dan terang. Justeru, akan hilanglah misteri yang ada
dalam teks asal.
5. Kurang pengetahuan tentang terjemahan
Kebanyakan
orang menyangka bahawa terjemahan sekadar menggantikan perkataan-perkataan
dalam bahasa sumber kepada bahasa penerima. Sebaliknya, pakar terjemahan telah
dapat membuktikan bahawa ayat sahaja tidak memadai tetapi harus diganti dengan
perenggan malah kalau boleh seluruh wacana. Sekiranya ini gagal dilakukan kita
akan terlupa tentang adanya unsur-unsur peralihan di antara ayat. Struktur
seluruh karangan itu mestilah diperhatikan supaya semua unsur yang terkandung
dapat dipadukan menjadi suatu kesatuan yang bermakna.
CIRI-CIRI TERJEMAHAN
Penterjemahan
Pada Suatu Masa Dulu
Para penterjemah memberikan keutamaan pada
bentuk maklumat dalam kerja-kerja penterjemahan. Ciri-ciri luaran seperti
bentuk-bentuk stilistik yang istimewa pada teks sumber, termasuk unsur-unsur
seperti rima, rentak, mainan perkataan, pengulangan bunyi atau bentuk-bentuk
nahu dalam teks tersebut dikekalkan.
Impaknya, terjemahan yang dihasilkan oleh
mereka mengandungi banyak unsur yang mudah disalahtafsirkan oleh pembaca serta
cukup mengelirukan disamping mengandungi bentuk-bentuk bahasa yang
"berat" baik disebabkan dengan adanya perkataan-perkataan yang tidak
biasa digunakan dalam bahasa penerima ataupun oleh kehadiran bentuk-bentuk
tatabahasa yang sukar dan asing.
Contoh-contoh terjemahan yang sudah lumrah
ialah ujian di atas pokok kacang dan berbuka
di atas tamar.
Contoh binaan yang asing dan janggal serta
sukar ditafsirkan dalam bahasa melayu adalah seperti : (Adalah mungkin
perkara itu telah tidak berlaku.)
Terdapat dua bahaya yang mungkin timbul
dalam terjemahan yang mengutamakan bentuk-bentuk teks sumber. Pertama, pembaca
mungkin tidak dapat memahami terjemahan tersebut. Kedua , pembaca mungkin salah
faham. Berikut ialah contoh-contoh yang dipetik daripada terjemahan al-Quran:
Dan
sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan.67:62
(Terjemahan oleh Dept. Agama R.I Pustaka Antara).
Petikan tersebut tidak dapat membuat
pembaca faham apa yang dibaca. Manakala dalam contoh berikut pula pemahaman
pembaca mungkin terseleweng sama sekali:
Sesungguhnya
orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab
dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah) mereka itu sebenarnya tidak
memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api.
2:174 (Terjemahan oleh Dept. Agama R.I Pustaka Antara)
Pada pemahaman pembaca biasa, petikan di
atas melarang seseorang daripada meletakkan Al-Quran di tempat-tempat
tersembunyi atau menjualkannya dengan harga murah.
Penterjemahan
Pada Masa Sekarang
Para penterjemah lebih memberikan
keutamaan pada reaksi pembaca terhadap terjemahan tersebut iaitu supaya reaksi
mereka serupa dengan reaksi yang dialami oleh pembaca teks sumber.
Pada masa ini, terdapat kepelbagaian defenisi
tentang penterjemahan dan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah
banyaknya jenis bahan yang diterjemah, tujuan bahan-bahan itu diterjemah dan
keperluan pembaca yang menjadi sasaran terjemahan-terjemahan itu dilakukan.
Tiga
faktor terdapat pelbagai jenis terjemahan:
i. Jenis teks yang diterjemah
Surat-surat
rasmi, surat undang-undang, bahan akademik, novel, puisi, bahan bacaan
kanak-kanak, buku agama dan lain-lain
ii. Tujuan atau maklumat penulis asal dan
penterjemah
Sama
ada untuk mempengaruhi pembaca, mendapat simpati pembaca, mengubah sikap
pembaca, melarang pembaca daripada berbuat sesuatu, mengajar dan lain-lain.
iii. Jenis pembaca terjemahan
Adakah
terdiri daripada golongan pakar, berdasarkan pelajaran mereka sama ada tinggi,
sederhana atau rendah serta bidang minat mereka, umur mereka, tempat asal
mereka, loghat bahasa dan lain-lain.
PANDUAN MENTERJEMAH
Sebelum kerja-kerja terjemahan
dilaksanakan, penterjemah hendaklah mengkaji jenis teks yang akan
diterjemahkan, apakah maksud penulis asal dan kumpulan pembaca sasaran.
Terdapat pelbagai bentuk kumpulan pembaca sasaran. Bagi para pembaca pakar,
kita boleh menggunakan istilah-istilah teknikal ataupun ‘jargon’ kerana mereka
memahami maksud perkataan tersebut. Namun, untuk golongan bukan pakar, iaitu
orang-orang awam, penterjemah tidak boleh menggunakan istilah-istilah teknikal
kerana ini akan menyebabkan pembaca sasaran tidak dapat memahami mesej yang
terkandung di dalam teks tersebut.
Begitu juga bagi pembaca yang
berpelajaran, kita boleh menggunakan bahasa yang sukar dan ayat-ayat yang
panjang, tetapi untuk pembaca yang hanya mempunyai pelajaran rendah penterjemah
mestilah menggunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah difahami.
Terdapat beberapa sebab bagaimana idea
yang kita anggap mudah dan senang untuk dimengerti dalam sesuatu bahasa menjadi
sukar difahami oleh pembaca dalam bahasa lain. Misalnya, teks Inggeris dengan
mudah dapat difahami oleh orang Inggeris, tetapi apabila sudah diterjemah ke
dalam bahasa Melayu, orang Melayu yang membacanya mungkin tidak faham.
Faktor-faktor
berlakunya kekeliruan dan cara-cara mengatasinya
- Faktor
utama ialah adanya maklumat kebudayaan yang terkandung secara tersirat
dalam teks itu. Pembaca teks asal tahu tentang latar belakang kebudayaan
teks itu, sedikit sebanyak tentang penulis tersebut, keadaan yang
menyebabkan teks tersebut ditulis, dan barangkali pembaca itu ialah
anggota dalam masyarakat dan kelompok kebudayaan yang sama dengan penulis.
Namun demikian, semua latar belakang itu belum tentu dimilki oleh pembaca
terjemahan. Jadi dia tidak tahu akan perkara yang menyebabkan pembaca teks
terjemahan tidak dapat memahami teks yang telah diterjemah itu. Dalam hal
ini, maklumat yang tersirat hendaklah dijelaskan oleh pembaca teks asal
supaya jelas untuk dibaca oleh pembaca teks terjemahan.
- Terjemahan
yang harafiah tidak menjelaskan maklumat yang tersirat pada teks asal.
Oleh itu pembaca tidak dapat memahami teks terjemahan tersebut. Terjemahan
yang harafiah cuma menterjemah teks asal supaya jumlah perkataannya sama
banyak. Dalam terjemahan dinamis, yang perlu serupa bukanlah jumlah
perkataan, tetapi jumlah idea iaitu jumlah maklumatnya perlu sama iaitu
tidak ada maklumat yang tertinggal atau ditokok-tambah dalam terjemahan
tersebut.
- Faktor lain
yang boleh menghasilkan pelbagai jenis terjemahan ialah tujuan penterjemah
melakukan terjemahan tersebut. Seharusnya penterjemah mempunyai tujuan
yang sama atau sekurang-kurangnya secocok dengan tujuan penulis teks asal.
Tetapi hal ini tidak semestinya berlaku. Perbezaan tujuan menyebabkan
penterjemah memilih cara-cara yang tertentu pula untuk menyampaikan idea
pada teks asal.
Tujuan-tujuan
penterjemahan
- Tujuan
utama penterjemah adalah untuk memberikan maklumat berkenaan dengan idea
dalam teks asal serta bentuk teks asal tersebut. Terjemahan yang
mengutamakan maklumat sudah tentu akan mengetepikan reaksi perasaan
pembacanya. Terjemahan seperti ini mengutamakan kefahaman pembaca lebih
daripada yang lain. Sebagai contoh, penterjemahan laporan ekonomi atau
laporan kajian saintifik.
- Adakalanya
penterjemah mempunyai tujuan yang bukan hanya untuk memberikan informasi;
misalnya dia mahu pembaca melakukan sesuatu setelah membaca terjemahan
tersebut. Dalam hal seperti ini penterjemah akan berusaha untuk menghasilkan
pemahaman yang sempurna dan oleh yang demikian, penterjemah akan melakukan
penyesuaian semula dengan terperinci supaya pembaca faham akan idea yang
terkandung di dalamnya. Contoh terjemahan seperti ini ialah terjemahan
keterangan pada luar botol ubat, alat elektrik dan barangan lain-lain yang
mungkin berbahaya.
- Sekiranya
teks yang diterjemah mengandungi tujuan imperatif, penterjemah harus
melakukan lebih banyak penyesuaian semula. Tujuan imperatif adalah dengan
menegah, menghalang atau memerintah sesuatu perbuatan tertentu. Di sini,
penterjemah bukan setakat menyarankan sesuatu reaksi tertentu kepada
pembaca, tetapi berusaha supaya mendesak atau memaksa pembaca bertindak
terhadap reaksi tersebut. Penterjemah bukan setakat mahu pembaca memahami
maksudnya, tetapi dia akan menterjemah dengan menggunakan cara-cara
tertentu sehingga tidak mungkin pembaca akan terkeliru. Contoh terjemahan
seperti ini ialah surat amaran, tindakan saman mahkamah, surat ugutan,
surat arahan disiplin dan sebagainya. Salah satu cara cara untuk untuk
mendapatkan terjemahan yang baik adalah dengan menyoal pembaca sasaran
tentang sejauh mana fahaman mereka tentang teks terjemahan tersebut.
Ciri-ciri Terjemahan Yang Baik
- Penterjemah
harus memahami konteks teks asal sebelum menterjemah bahan tersebut agar
para pembaca sasaran tidak tersalah tafsir ataupun keliru ketika
membacanya.
Contoh:
‘The Malaysian shooters put the nightmare of their equipment
delay behind them...’ The Star 10/12/2003
Perkataan
“nightmare” di sini bukanlah bermaksud mimpi buruk yang biasa dialami oleh
manusia tetapi lebih kepada kejadian buruk yang menimpa kepada pasukan menembak
Malaysia tentang kelewatan peralatan mereka menjelang perlawanan di Sukan Sea
2003 di Vietnam.
- Penterjemah
seharusnya menggunakan tatabahasa yang mudah difahami dan bukannya yang
berbelit-belit. Ini kerana sekiranya para pembaca sasaran tidak dapat
memahami sesuatu terjemahan itu maka terjemahan tersebut dianggap tidak
diiktiraf.
- Perbezaan
antara bahasa sumber dan bahasa penerima merupakan salah satu cabaran
kepada penterjemah. Setiap bahasa mempunyai keistimewaan dan tumpuan
perbendaharaan katanya sendiri. Contohnya ialah cara-cara bahasa itu
membentuk jenis-jenis perkataan, menstruktur frasa dan klausa, teknik
menyambungkan perkataan-perkataan menjadi ayat, menyambung ayat-ayat kecil
menjadi ayat kompleks, teknik menggunakan tanda baca dalam wacana,
simpulan bahasa, peribahasa yang digunakan dan lain-lain lagi. Oleh itu,
penterjemah harus mengubah bentuk formal maklumatnya mengikut peraturan
formal bahasa penerima. Ini bertujuan penterjemah dapat menggunakan bahasa
penerima dengan kreatif dan menghormati ciri-ciri bahasa penerima.
Perubahan-perubahan yang dilakukan berdasarkan kepada perbezaan linguistik
dan kebudayaan antara kedua-dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa
penerima.
Tokoh-Tokoh
Dalam Bidang Terjemahan
Terdapat beberapa tokoh di dalam bidang
penterjemahan. Tokoh-tokoh dalam bidang terjemahan ini telah menghasilkan
teori-teori dan prinsip-prinsip yang boleh dijadikan panduan bagi para
penterjemah.
- ETIENE
DOLET (1509-1546)
Individu yang mula-mula mengemukakan teori
terjemahan ialahn Etiene Dolet (1509-1546). Beliau telah menerbitkan
prinsip-prinsipnya pada tahun 1540. Prinsip-prinsip itu ialah:-
i.
Penterjemah
hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks sumber.
ii.
Penterjemah
mestilah menguasai dengan baik bahasa sumber dan bahasa penerima terjemahan
itu.
iii.
Penterjemah
tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan oleh sebab perbuatan itu akan
merosakkan makna asal dan membinasakan keindahan teks sumber.
iv.
Penterjemah
hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan dalam bahasa
penerima.
v.
Penterjemah
mestilah mencipta semula kesan keseluruhan teks sumber yang betul melalui
pemilihan dan susunan perkataan yang dibuatnya.
Dolet telah menyatakan bahawa penterjemah
hendaklah mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. Beliau juga tidak
membezakan darjah penguasaan penterjemah dalam bahasa sumber dan bahasa
penerima. Kesimpulannya penterjemah hendaklah menguasai kedua-dua bahasa
tersebut dengan baik. Dolet juga menyarankan supaya penterjemah mengelakkan
daripada menterjemah secara literalisme iaitu perkataan demi perkataan. Prinsip
ini bersesuaian untuk terjemahan bacaan umum. Etiene Dolet juga menekankan
betapa pentingnya unsur stilistik untuk kerja-kerja terjemahan yang serius
tanpa mengira jenis media dan isi teks.
- DRYDEN
(1680)
Prinsip Dryden wujud pada tahun 1680
selepas menentang pendapat Abraham Cowley (1656) dan menamakan terjemahan
Cowley sebagai ‘tiruan’. Dryden telah mengemukakan tiga jenis terjemahan:-
- Metafrasa
Penterjemahan
perkataan demi perkataan dan baris demi baris.
- Parafrasa
Terjemahan
yang mengikuti karya asal dengan rapat, tetapi yang diikuti ialah maknanya
bukan perkataannya.
- Tiruan
Penterjemah
mengambil sikap bebas, bukan setakat mengubah perkataan dan ayat, tetapi
kedua-duanya sekali bila dirasakan hal itu perlu demi kepentingan semangat teks
tersebut.
- GEORGE
CAMPBELL (1759)
Pada tahun 1789, George Cambell telah
menulis sebuah buku yang menerangkan sejarah dan teori terjemahan. Secara
ringkas beliau telah mengemukakan tiga prinsip dalam kaedah penterjemahan:
- Penterjemah hendaklah mengekalkan makna yang terkandung dalam teks
asal dan mengekalkan unsur-unsur seperti perkataan, struktur ayat dan
stail kepengarangan penulis asal
- Penterjemah juga mesti mengekalkan sifat-sifat teks asal tetapi
dengan cara penterjemah menggunakan ciri-ciri dan keistimewaan yang ada
pada bahasa penerima
- Penterjemah
hendaklah memastikan supaya penterjemahan itu terasa seolah-olah sebuah
karya asli, mudah dibaca, senang difahami serta gaya bahasa yang
bersahaja.
- ALEXENDER
FRASER TYTLER
Pada
tahun berikutnya, 1790, Alexender Fraser Tytler, melalui bukunya berjudul
"The Principle of Translation", Tytler mengemukakan tiga prinsip
terjemahan:
- Sesuatu
terjemahan itu hendaklah mengekalkan semua makna yang terkandung dalam
teks asal.
- Stail dan
gaya bahasa terjemahan mestilah sama sifatnya dengan stail dan gaya teks
asal.
- Kesan
terjemahan itu mesti dirasakan seolah-olah sebuah karya asli. Selain itu
Tytler telah memperkenalkan teknik-teknik yang moden yang dapat digunakan
hingga ke hari ini.
Beberapa
teknik yang dikemukakan oleh Tytler bersifat sangat moden dan dapat
dipraktikkan pemakainnya. Menurut beliau, penterjemah boleh membuat tambahan
sekiranya hal itu penting bagi mengekalkan makna asal, ataupun mampu
menjelaskan lagi hal tersebut.
Perkataan
juga boleh dikurangkan apabila perkataan itu tiada fungsi penting serta tidak
mencacatkan makna asal teks malahan membuatkan makna asal lebih jelas. Apabila
makna teks asal itu kabur, penterjemah wajar membuat keputusan sendiri dan
memilih makna yang paling secocok dengan konteks.
- EUGENE
A.NIDA
Nida merupakan tokoh yang paling berpengaruh dalam
bidang teori dan amali terjemahan dinamis yang dikemukan oleh Nida. Dia telah
mengutamakan 6 aspek penting dalam terjemahan.
Definisi yang dikemukannya perterjemahan
ialah penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat daripada bahasa
sumber dalam bentuk persamaan yang terdekat dan sejadi, pertama dari segi makna
dan kedua dari segi stailnya.
Aspek-aspek tersebut ialah:
i.
Penyalinan semula maklumat
- Nida
menegaskan tugas terpenting perterjemah ialah menyalin semula maklumat ke
dalam bahasa penerima.
- Untuk
memenuhi tugas penyalinan semula maklumat, banyak penyesuaian tatabahasa
dan perkataan mesti dilakukan.
- Justeru,
implikasi prinsip ini ialah mengekalkan makna apabila terpaksa gaya
penulis asalnya boleh diubah.
Contoh : Keep clear – simpan kosong – kosongkan
Scared stiff – takut kaku – sgt takut
ii. Persamaan bukan keserupaan
Semasa
menterjemah, penterjemah diingatkan supaya mencari bentuk–bentuk yang sama
kerana tugas perterjemahan ialah menyalin maklumat bukan menyalin bentuk
bagaimana maklumat diungkap. Contohnya : ungkapan “empat kepala kambing” dalam
bahasa Arab – diterjemah menjadi “empat ekor kambing” dalam bahasa Melayu
dengan itu barulah kedua-dua ungkapan itu menjadi seerti.
- Persamaan
yang bersahaja
- Menurut
Nida, dari segi bahasa, terjemahan yang baik ialah terjemahan yang
langsung tidak berbau terjemahan.
- Ini
bererti penterjemahan hendaklah menggunakan cir-ciri asli yang dimiliki
oleh bahasa penerima.
- Persamaan
terdekat
- Tidak ada
dua perkataan yang betul-betul serupa maknanya di antara bahasa yang berlainan.
- Penterjemah
hanya boleh menterjemah dengan menggunakan persamaan yang paling dekat
maknanya.
Contohnya
: Ungkapan “dirasuk hantu” mungkin dirasakan betul apabila diterjemah menjadi
'mentally distressed'.
Namun
begitu “mentally distressed” bukanlah persamaan terdekat untuk “dirasuk hantu”
oleh sebab “mentally distressed” ialah satu tafsiran kebudayaan yang tidak
mengambil kira ciri-ciri kebudayaan berbagai- bagai jenis semangat hantu.
v. Keutamaan makna
- Terjemahan
mengutamakan isi atau maklumat yang terkandung dalam teks asal.
- Justeru
perterjemah wajib membuat perubahan yang radikal supaya maklumat asal
kekal dalam bahasa penerima.
Contoh
: “He has a family” tak sepatutnya diterjemah menjadi “Dia mempunyai keluarga”,
tetapi diterjemah “dia sudah berumahtangga”.
vi. Kepentingan gaya
- Walaupun
makna lebih utama daripada gaya namun aspek stail yang mempunyai aspek
tersendiri
- Penterjemah
perlu memastikan gaya yang diterap dalam penterjemahnya dapat
membangkitkan reaksi yang serupa sekiranya membaca karya asal.
Enam aspek penterjemahan yang dikemukakan
oleh Nida menghasilkan empat pedoman untuk memandu para penterjemah memilih apa
yang wajar dalam situasi-situasi tertentu. Pedoman-pedoman tersebut ialah :
- Keselarasan
konteks lebih diutamakan daripada keselarasan cara sesuatu maklumat itu
dikemukan, atau keselarasan perkataan demi perkataan.
- Persamaan
dinamis hendaklah lebih diutamakan daripada keselarasan formal.
- Bentuk -
bentuk bahasa yang didengar hendaklah lebih diutamakan daripada
bentuk-bentuk yang ditulis.
- Keperluan
pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk-bentuk bahasa.
Tugas seseorang penterjemah karya sastera
dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kekecewaan kerana sebenarnya tugas itu
tugas yang hampir mustahil. Ini kerana tidak ada terjemahan yang menyerupai
karya asal.
Faktor-faktor yang paling utama ialah
kenyataan bahawa tidak ada dua bahasa di dunia ini yang sama bentuknya, iaitu
sama jumlah perbendaharaan katanya, dan sama peraturan nahunya.
Unsur-unsur bahasa yang sering kali
berbeza antara satu bahasa dengan bahasa lain ialah:
i.
Unit-unit nahu
Contohnya
dalam bahasa Inggeris ada tiga ganti nama iaitu “he”, “she” dan “it”. Ia tidak
boleh digunakan sewenang-wenangnya. Sebaliknya dalam bahasa Melayu hanya ada
dua ganti nama dalam jenis tersebut iaitu “dia” dan “ia”. Penggunaannya tidak
serupa dengan peraturan dalam Bahasa Inggeris.
ii.
Penggunaan perkataan
Contohnya
perkataan “you” dalam bahasa Inggeris boleh digunakan kepada sesiapa sahaja..
Tetapi dalam bahasa Melayu kita tidak boleh menggunakan “awak” dengan bebas.
“Awak” hanya boleh digunakan kepada orang sedarjat atau lebih rendah.
iii.
Persamaan bidang makna perkataan
Contohnya
perkataan durian, keris, songkok dan lain-lain tidak terdapat dalam bahasa
Inggeris. Ada pula perkataan yang hampir-hampir sama maknanya seperti 'tajak'
dalam bahasa Melayu dengan “hoe” dalam bahasa Inggeris. Tajak dengan “hoe”
tidak sama bentuknya tetapi mempunyai fungsi yang serupa.
iv.
Rima dan rentak
Unsur
rima dan rentak dalam sesuatu bahasa tidak sama antara satu sama lain, itulah
sebabnya sukar untuk menterjemah karya seperti pantun yang sangat bergantung
pada rima dan rentak ke dalam bahasa lain.
v.
Permainan perkataan
Sesuatu
perkataan yang digunakan itu disusun dan diulang secara yang istimewa dan unik.
Ciri-ciri unik ini biasanya tidak dapat dipindahkan ke dalam bahasa lain.
vi.
Penggunaan struktur nahu yang menyimpang daripada kebiasaan
Faktor
kedua yang menyebabkan penterjemah terpaksa melakukan perubahan ialah kelainan kebudayaan
karya asal dengan kebudayaan bahasa penerima. Semakin luas perbezaan antara
kedua-duanya, semakin banyak perubahan yang terpaksa dibuat.
Terapi diri, tenang hati..senyum hari2..
artikel yang baik. mohon digunakan sebagai rujukan untuk penulisan saya ya
ReplyDeleteartikel yang baik. mohon digunakan sebagai rujukan untuk penulisan saya ya
ReplyDeleteartikel yang baik..mohon digunakan untuk kuliah ye
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Mohon digunakan dalam kuliah untuk dibentangkan di hadapan kelas.
ReplyDeleteArtikel yang sangat membantu, izinkan saya menggunakan segala info yang du=iberi untuk rujukan kuliah dan kerja kursus Sarjana Muda Sastera. Jutaan terima kasih saya ucapkan pada Puan.
ReplyDelete