KELAYAKAN MENTERJEMAH
Seringkali diperkatakan bahawa untuk menjadi seorang
penterjemah, apa yang diperlukan hanyalah kebolehan untuk berkomunikasi dalam
dua atau lebih bahasa. Setiap bidang dalam dunia ini mempunyai pakar-pakarnya
sendiri. Sama bagi bidang penterjemahan ini, terdapat pakar-pakarnya yang juga
telah menetapkan empat panduan utama untuk menjadi seorang penterjemah yang
baik. Empat panduan tersebuat adalah seperti berikut:-
1.
Mengetahui
dan memahami bahasa sumber
Bahasa sumber – bahasa asal yang hendak
diterjemah ke bahasa yang kedua. Contohnya, dalam artikel bahasa Melayu yang
diterjemah kepada bahasa Inggeris, maka oleh itu, bahasa sumbernya ialah bahasa
Melayu.
Dengan mengetahui bahasa sumber, ia dapat
membantu penterjemah membezakan maksud sebenar teks asal dan dengan itu,
seseorang penterjemah itu dapat menterjemah maksudnya dengan lebih tepat.
2.
Mengetahui
dan memahami bahasa penerima
Bahasa penerima – bahasa ke dalam mana
teks asal itu akan diterjemah. Contohnya, dalam aritkel bahasa Melayu yang
diterjemah kepada bahasa Inggeris, maka oleh itu, bahasa penerimanya ialah
bahasa Inggeris.
Sama peranannya seperti bahasa sumber,
pengetahuan tentang bahasa penerima dapat membantu dalam menterjemahkan sesuatu
bahan dengan lebih tepat. Seseorang penterjemah itu harus menguasai bahasa
penerima dan bahasa sumber sebaik-baiknya. Pendek kata, penguasaan kedua-dua
bahasa membantu dalam proses penterjemahan dalam menjadikan sesuatu bahan dapat
diterjemahkan dengan baik tanpa lari daripada maksudnya yang asal.
- Pengetahuan dalam bidang yang diterjemah
Penterjemah bukan sahaja harus memahami
kedua-dua bahasa sumber dan bahasa penerima tetapi juga mengetahui secukupnya
bidang yang hendak diterjemah. Ini adalah kerana bidang–bidang seperti
perundangan, perubatan mengandungi terma–termanya yang khusus.
- Mengetahui teori dan amalan terjemahan
Penting bagi seorang penterjemah itu untuk
mengetahui melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang penterjemahan
terlebih dahulu. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah segala konsep-konsep teori
supaya cara penterjemahan yang betul dapat diaplikasikan.
MASALAH PERIBADI DALAM TERJEMAHAN
Masalah-masalah peribadi yang dialami penterjemah
seringkali berhubung rapat dengan subjek, bahasa penerima, ciri-ciri komunikasi
dan kaedah terjemahan yang sepatutnya digunakan. Di antara masalah-masalahnya
ialah:-
1.
Terlalu
mengetahui bidang yang tertentu
Penterjemah yang terlalu faham akan
sesuatu bidang dalam sesuatu bahasa akan mudah menganggap pembaca juga tahu apa
yang diketahui mereka. Oleh kerana itu, penterjemah akan menterjemah sesuatu
bahan itu pada suatu peringkat yang tidak dapat difahami pembaca. Disebabkan
kefahaman yang tinggi akan sesuatu bidang itu, apa bentuk terjemahan sekalipun
difahami mereka. Namun, perkara yang sama tidak semestinya berlaku kepada para
pembaca.
2.
Menerima
‘translationese’ tanpa soal jawab
Penterjemahan bahan-bahan bacaan
seringakali diterima tanpa soal jawab di mana mereka menganggap bahawa
penyampaian bahasa bahan-bahan yang sudah diterjemah itulah satu-satunya bentuk
penterjemahan daripada bahan asing. Hal ini biasanya akan menyebabkan pembaca
mudah terjerat oleh ‘translationese’ dan mengabaikan penggunaan bentuk-bentuk
yang lebih original dalam bahasanya sendiri.
3.
Tidak
yakin pada bahasa sendiri
Ramai yang rasakan bahasa asing adalah
lebih baik daripada bahasa kita sendiri. Oleh sebab itu, apabila mereka
melakukan kerja-kerja penterjemahan, mereka meminjam terus perkataan bahasa
asing ke dalam bahasa kita dan berasa yakin bentuk itu adalah betul.
4.
Keinginan
untuk mengekalkan misteri sesuatu bahasa
Kebiasaannya ramai penterjemah berasa
sekiranya terjemahan telah dibuat, maka terjemahan tersebut hendaklah jelas dan
terang. Justeru, akan hilanglah misteri yang ada dalam teks asal.
5. Kurang pengetahuan tentang terjemahan
Kebanyakan orang menyangka bahawa
terjemahan sekadar menggantikan perkataan-perkataan dalam bahasa sumber kepada
bahasa penerima. Sebaliknya, pakar terjemahan telah dapat membuktikan bahawa
ayat sahaja tidak memadai tetapi harus diganti dengan perenggan malah kalau
boleh seluruh wacana. Sekiranya ini gagal dilakukan kita akan terlupa tentang
adanya unsur-unsur peralihan di antara ayat. Struktur seluruh karangan itu
mestilah diperhatikan supaya semua unsur yang terkandung dapat dipadukan
menjadi suatu kesatuan yang bermakna.
CIRI-CIRI
TERJEMAHAN
Penterjemahan Pada Suatu Masa Dulu
Para penterjemah memberikan keutamaan pada bentuk
maklumat dalam kerja-kerja penterjemahan. Ciri-ciri luaran seperti
bentuk-bentuk stilistik yang istimewa pada teks sumber, termasuk unsur-unsur
seperti rima, rentak, mainan perkataan, pengulangan bunyi atau bentuk-bentuk
nahu dalam teks tersebut dikekalkan.
Impaknya, terjemahan yang dihasilkan oleh mereka
mengandungi banyak unsur yang mudah disalahtafsirkan oleh pembaca serta cukup
mengelirukan disamping mengandungi bentuk-bentuk bahasa yang "berat"
baik disebabkan dengan adanya perkataan-perkataan yang tidak biasa digunakan
dalam bahasa penerima ataupun oleh kehadiran bentuk-bentuk tatabahasa yang sukar
dan asing.
Contoh-contoh terjemahan yang sudah lumrah ialah ujian
di atas pokok kacang dan berbuka di atas tamar.
Contoh binaan yang asing dan janggal serta sukar
ditafsirkan dalam bahasa melayu adalah seperti : (Adalah mungkin perkara
itu telah tidak berlaku.)
Terdapat dua bahaya yang mungkin timbul dalam
terjemahan yang mengutamakan bentuk-bentuk teks sumber. Pertama, pembaca
mungkin tidak dapat memahami terjemahan tersebut. Kedua , pembaca mungkin salah
faham. Berikut ialah contoh-contoh yang dipetik daripada terjemahan al-Quran:
Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi
peringatan yang menjelaskan.67:62 (Terjemahan oleh Dept. Agama R.I
Pustaka Antara).
Petikan tersebut tidak dapat membuat pembaca faham apa
yang dibaca. Manakala dalam contoh berikut pula pemahaman pembaca mungkin
terseleweng sama sekali:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit
(murah) mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya
melainkan api. 2:174 (Terjemahan oleh Dept. Agama R.I
Pustaka Antara)
Pada pemahaman pembaca biasa, petikan di atas melarang
seseorang daripada meletakkan Al-Quran di tempat-tempat tersembunyi atau
menjualkannya dengan harga murah.
Penterjemahan Pada Masa Sekarang
Para penterjemah lebih memberikan keutamaan pada
reaksi pembaca terhadap terjemahan tersebut iaitu supaya reaksi mereka serupa
dengan reaksi yang dialami oleh pembaca teks sumber.
Pada masa ini, terdapat kepelbagaian defenisi tentang
penterjemahan dan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah banyaknya
jenis bahan yang diterjemah, tujuan bahan-bahan itu diterjemah dan keperluan
pembaca yang menjadi sasaran terjemahan-terjemahan itu dilakukan.
Tiga faktor terdapat pelbagai jenis terjemahan:
i. Jenis teks yang diterjemah
Surat-surat rasmi, surat undang-undang,
bahan akademik, novel, puisi, bahan bacaan kanak-kanak, buku agama dan
lain-lain
ii. Tujuan atau maklumat penulis asal dan penterjemah
Sama ada untuk mempengaruhi pembaca,
mendapat simpati pembaca, mengubah sikap pembaca, melarang pembaca daripada
berbuat sesuatu, mengajar dan lain-lain.
iii. Jenis pembaca terjemahan
Adakah terdiri daripada golongan pakar,
berdasarkan pelajaran mereka sama ada tinggi, sederhana atau rendah serta
bidang minat mereka, umur mereka, tempat asal mereka, loghat bahasa dan
lain-lain.
PANDUAN
MENTERJEMAH
Sebelum kerja-kerja terjemahan dilaksanakan,
penterjemah hendaklah mengkaji jenis teks yang akan diterjemahkan, apakah
maksud penulis asal dan kumpulan pembaca sasaran. Terdapat pelbagai bentuk
kumpulan pembaca sasaran. Bagi para pembaca pakar, kita boleh menggunakan
istilah-istilah teknikal ataupun ‘jargon’ kerana mereka memahami maksud
perkataan tersebut. Namun, untuk golongan bukan pakar, iaitu orang-orang awam,
penterjemah tidak boleh menggunakan istilah-istilah teknikal kerana ini akan
menyebabkan pembaca sasaran tidak dapat memahami mesej yang terkandung di dalam
teks tersebut.
Begitu juga bagi pembaca yang berpelajaran, kita boleh
menggunakan bahasa yang sukar dan ayat-ayat yang panjang, tetapi untuk pembaca
yang hanya mempunyai pelajaran rendah penterjemah mestilah menggunakan ayat
yang pendek dan bahasa yang mudah difahami.
Terdapat beberapa sebab bagaimana idea yang kita
anggap mudah dan senang untuk dimengerti dalam sesuatu bahasa menjadi sukar
difahami oleh pembaca dalam bahasa lain. Misalnya, teks Inggeris dengan mudah
dapat difahami oleh orang Inggeris, tetapi apabila sudah diterjemah ke dalam
bahasa Melayu, orang Melayu yang membacanya mungkin tidak faham.
Faktor-faktor berlakunya kekeliruan dan cara-cara
mengatasinya
- Faktor utama ialah adanya maklumat kebudayaan yang terkandung secara
tersirat dalam teks itu. Pembaca teks asal tahu tentang latar belakang
kebudayaan teks itu, sedikit sebanyak tentang penulis tersebut, keadaan
yang menyebabkan teks tersebut ditulis, dan barangkali pembaca itu ialah
anggota dalam masyarakat dan kelompok kebudayaan yang sama dengan penulis.
Namun demikian, semua latar belakang itu belum tentu dimilki oleh pembaca
terjemahan. Jadi dia tidak tahu akan perkara yang menyebabkan pembaca teks
terjemahan tidak dapat memahami teks yang telah diterjemah itu. Dalam hal
ini, maklumat yang tersirat hendaklah dijelaskan oleh pembaca teks asal
supaya jelas untuk dibaca oleh pembaca teks terjemahan.
- Terjemahan yang harafiah tidak menjelaskan maklumat yang tersirat pada
teks asal. Oleh itu pembaca tidak dapat memahami teks terjemahan tersebut.
Terjemahan yang harafiah cuma menterjemah teks asal supaya jumlah
perkataannya sama banyak. Dalam terjemahan dinamis, yang perlu serupa
bukanlah jumlah perkataan, tetapi jumlah idea iaitu jumlah maklumatnya
perlu sama iaitu tidak ada maklumat yang tertinggal atau ditokok-tambah
dalam terjemahan tersebut.
- Faktor lain yang boleh menghasilkan pelbagai jenis terjemahan ialah
tujuan penterjemah melakukan terjemahan tersebut. Seharusnya penterjemah
mempunyai tujuan yang sama atau sekurang-kurangnya secocok dengan tujuan
penulis teks asal. Tetapi hal ini tidak semestinya berlaku. Perbezaan
tujuan menyebabkan penterjemah memilih cara-cara yang tertentu pula untuk
menyampaikan idea pada teks asal.
Tujuan-tujuan penterjemahan
- Tujuan utama penterjemah adalah untuk memberikan maklumat berkenaan
dengan idea dalam teks asal serta bentuk teks asal tersebut. Terjemahan
yang mengutamakan maklumat sudah tentu akan mengetepikan reaksi perasaan
pembacanya. Terjemahan seperti ini mengutamakan kefahaman pembaca lebih
daripada yang lain. Sebagai contoh, penterjemahan laporan ekonomi atau
laporan kajian saintifik.
- Adakalanya penterjemah mempunyai tujuan yang bukan hanya untuk
memberikan informasi; misalnya dia mahu pembaca melakukan sesuatu setelah
membaca terjemahan tersebut. Dalam hal seperti ini penterjemah akan
berusaha untuk menghasilkan pemahaman yang sempurna dan oleh yang
demikian, penterjemah akan melakukan penyesuaian semula dengan terperinci
supaya pembaca faham akan idea yang terkandung di dalamnya. Contoh
terjemahan seperti ini ialah terjemahan keterangan pada luar botol ubat,
alat elektrik dan barangan lain-lain yang mungkin berbahaya.
- Sekiranya teks yang diterjemah mengandungi tujuan imperatif,
penterjemah harus melakukan lebih banyak penyesuaian semula. Tujuan
imperatif adalah dengan menegah, menghalang atau memerintah sesuatu
perbuatan tertentu. Di sini, penterjemah bukan setakat menyarankan sesuatu
reaksi tertentu kepada pembaca, tetapi berusaha supaya mendesak atau
memaksa pembaca bertindak terhadap reaksi tersebut. Penterjemah bukan
setakat mahu pembaca memahami maksudnya, tetapi dia akan menterjemah
dengan menggunakan cara-cara tertentu sehingga tidak mungkin pembaca akan
terkeliru. Contoh terjemahan seperti ini ialah surat amaran, tindakan
saman mahkamah, surat ugutan, surat arahan disiplin dan sebagainya. Salah
satu cara cara untuk untuk mendapatkan terjemahan yang baik adalah dengan
menyoal pembaca sasaran tentang sejauh mana fahaman mereka tentang teks
terjemahan tersebut.
Ciri-ciri Terjemahan Yang Baik
- Penterjemah harus memahami konteks teks asal sebelum menterjemah bahan
tersebut agar para pembaca sasaran tidak tersalah tafsir ataupun keliru
ketika membacanya.
Contoh: ‘The Malaysian shooters put
the nightmare of their equipment delay behind them...’ The
Star 10/12/2003
Perkataan “nightmare” di sini bukanlah
bermaksud mimpi buruk yang biasa dialami oleh manusia tetapi lebih kepada
kejadian buruk yang menimpa kepada pasukan menembak Malaysia tentang kelewatan
peralatan mereka menjelang perlawanan di Sukan Sea 2003 di Vietnam.
- Penterjemah seharusnya menggunakan tatabahasa yang mudah difahami dan
bukannya yang berbelit-belit. Ini kerana sekiranya para pembaca sasaran
tidak dapat memahami sesuatu terjemahan itu maka terjemahan tersebut
dianggap tidak diiktiraf.
- Perbezaan antara bahasa sumber dan bahasa penerima merupakan salah
satu cabaran kepada penterjemah. Setiap bahasa mempunyai keistimewaan dan
tumpuan perbendaharaan katanya sendiri. Contohnya ialah cara-cara bahasa
itu membentuk jenis-jenis perkataan, menstruktur frasa dan klausa, teknik
menyambungkan perkataan-perkataan menjadi ayat, menyambung ayat-ayat kecil
menjadi ayat kompleks, teknik menggunakan tanda baca dalam wacana,
simpulan bahasa, peribahasa yang digunakan dan lain-lain lagi. Oleh itu,
penterjemah harus mengubah bentuk formal maklumatnya mengikut peraturan
formal bahasa penerima. Ini bertujuan penterjemah dapat menggunakan bahasa
penerima dengan kreatif dan menghormati ciri-ciri bahasa penerima.
Perubahan-perubahan yang dilakukan berdasarkan kepada perbezaan linguistik
dan kebudayaan antara kedua-dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa
penerima.
Tokoh-Tokoh Dalam Bidang Terjemahan
Terdapat beberapa tokoh di dalam bidang penterjemahan.
Tokoh-tokoh dalam bidang terjemahan ini telah menghasilkan teori-teori dan
prinsip-prinsip yang boleh dijadikan panduan bagi para penterjemah.
- ETIENE DOLET (1509-1546)
Individu yang mula-mula mengemukakan teori terjemahan
ialahn Etiene Dolet (1509-1546). Beliau telah menerbitkan prinsip-prinsipnya
pada tahun 1540. Prinsip-prinsip itu ialah:-
i.
Penterjemah
hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks sumber.
ii.
Penterjemah
mestilah menguasai dengan baik bahasa sumber dan bahasa penerima terjemahan
itu.
iii.
Penterjemah
tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan oleh sebab perbuatan itu akan
merosakkan makna asal dan membinasakan keindahan teks sumber.
iv.
Penterjemah
hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan dalam bahasa
penerima.
v.
Penterjemah
mestilah mencipta semula kesan keseluruhan teks sumber yang betul melalui
pemilihan dan susunan perkataan yang dibuatnya.
Dolet telah menyatakan bahawa penterjemah hendaklah
mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. Beliau juga tidak membezakan
darjah penguasaan penterjemah dalam bahasa sumber dan bahasa penerima.
Kesimpulannya penterjemah hendaklah menguasai kedua-dua bahasa tersebut dengan
baik. Dolet juga menyarankan supaya penterjemah mengelakkan daripada
menterjemah secara literalisme iaitu perkataan demi perkataan. Prinsip ini
bersesuaian untuk terjemahan bacaan umum. Etiene Dolet juga menekankan betapa
pentingnya unsur stilistik untuk kerja-kerja terjemahan yang serius tanpa
mengira jenis media dan isi teks.
- DRYDEN (1680)
Prinsip Dryden wujud pada tahun 1680 selepas menentang
pendapat Abraham Cowley (1656) dan menamakan terjemahan Cowley sebagai
‘tiruan’. Dryden telah mengemukakan tiga jenis terjemahan:-
- Metafrasa
Penterjemahan perkataan demi perkataan dan
baris demi baris.
- Parafrasa
Terjemahan yang mengikuti karya asal
dengan rapat, tetapi yang diikuti ialah maknanya bukan perkataannya.
- Tiruan
Penterjemah mengambil sikap bebas, bukan
setakat mengubah perkataan dan ayat, tetapi kedua-duanya sekali bila dirasakan
hal itu perlu demi kepentingan semangat teks tersebut.
- GEORGE CAMPBELL (1759)
Pada tahun 1789, George Cambell telah menulis sebuah
buku yang menerangkan sejarah dan teori terjemahan. Secara ringkas beliau telah
mengemukakan tiga prinsip dalam kaedah penterjemahan:
- Penterjemah hendaklah mengekalkan makna yang
terkandung dalam teks asal dan mengekalkan unsur-unsur seperti perkataan,
struktur ayat dan stail kepengarangan penulis asal
- Penterjemah
juga mesti mengekalkan sifat-sifat teks asal tetapi dengan cara
penterjemah menggunakan ciri-ciri dan keistimewaan yang ada pada bahasa
penerima
- Penterjemah hendaklah memastikan supaya penterjemahan
itu terasa seolah-olah sebuah karya asli, mudah dibaca, senang difahami
serta gaya bahasa yang bersahaja.
- ALEXENDER FRASER TYTLER
Pada tahun berikutnya, 1790, Alexender
Fraser Tytler, melalui bukunya berjudul "The Principle of
Translation", Tytler mengemukakan tiga prinsip terjemahan:
- Sesuatu terjemahan itu hendaklah mengekalkan
semua makna yang terkandung dalam teks asal.
- Stail dan gaya bahasa terjemahan mestilah sama
sifatnya dengan stail dan gaya teks asal.
- Kesan terjemahan itu mesti dirasakan seolah-olah
sebuah karya asli. Selain itu Tytler telah memperkenalkan teknik-teknik
yang moden yang dapat digunakan hingga ke hari ini.
Beberapa teknik yang dikemukakan oleh
Tytler bersifat sangat moden dan dapat dipraktikkan pemakainnya. Menurut beliau,
penterjemah boleh membuat tambahan sekiranya hal itu penting bagi mengekalkan
makna asal, ataupun mampu menjelaskan lagi hal tersebut.
Perkataan juga boleh dikurangkan apabila
perkataan itu tiada fungsi penting serta tidak mencacatkan makna asal teks malahan
membuatkan makna asal lebih jelas. Apabila makna teks asal itu kabur,
penterjemah wajar membuat keputusan sendiri dan memilih makna yang paling
secocok dengan konteks.
- EUGENE A.NIDA
Nida
merupakan tokoh yang paling berpengaruh dalam bidang teori dan amali terjemahan
dinamis yang dikemukan oleh Nida. Dia telah mengutamakan 6 aspek penting dalam
terjemahan.
Definisi
yang dikemukannya perterjemahan ialah penyalinan semula ke dalam bahasa
penerima maklumat daripada bahasa sumber dalam bentuk persamaan yang terdekat
dan sejadi, pertama dari segi makna dan kedua dari segi stailnya.
Aspek-aspek tersebut ialah:
i. Penyalinan semula maklumat
- Nida menegaskan tugas terpenting perterjemah ialah menyalin semula
maklumat ke dalam bahasa penerima.
- Untuk memenuhi tugas penyalinan semula maklumat, banyak penyesuaian
tatabahasa dan perkataan mesti dilakukan.
- Justeru, implikasi prinsip ini ialah mengekalkan makna apabila
terpaksa gaya penulis asalnya boleh diubah.
Contoh
: Keep clear – simpan kosong – kosongkan
Scared stiff – takut kaku – sgt takut
ii. Persamaan bukan keserupaan
Semasa menterjemah, penterjemah diingatkan
supaya mencari bentuk–bentuk yang sama kerana tugas perterjemahan ialah
menyalin maklumat bukan menyalin bentuk bagaimana maklumat diungkap. Contohnya
: ungkapan “empat kepala kambing” dalam bahasa Arab – diterjemah menjadi “empat
ekor kambing” dalam bahasa Melayu dengan itu barulah kedua-dua ungkapan itu
menjadi seerti.
- Persamaan yang bersahaja
- Menurut Nida, dari segi bahasa, terjemahan yang baik ialah terjemahan
yang langsung tidak berbau terjemahan.
- Ini bererti penterjemahan hendaklah menggunakan cir-ciri asli yang
dimiliki oleh bahasa penerima.
- Persamaan terdekat
- Tidak ada dua perkataan yang betul-betul serupa
maknanya di antara bahasa yang berlainan.
- Penterjemah hanya boleh menterjemah dengan
menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.
Contohnya : Ungkapan “dirasuk hantu”
mungkin dirasakan betul apabila diterjemah menjadi 'mentally distressed'.
Namun begitu “mentally distressed” bukanlah
persamaan terdekat untuk “dirasuk hantu” oleh sebab “mentally distressed” ialah
satu tafsiran kebudayaan yang tidak mengambil kira ciri-ciri kebudayaan
berbagai- bagai jenis semangat hantu.
v. Keutamaan makna
- Terjemahan mengutamakan isi atau maklumat yang terkandung dalam teks
asal.
- Justeru perterjemah wajib membuat perubahan yang radikal supaya
maklumat asal kekal dalam bahasa penerima.
Contoh : “He has a family” tak sepatutnya
diterjemah menjadi “Dia mempunyai keluarga”, tetapi diterjemah “dia sudah berumahtangga”.
vi. Kepentingan gaya
- Walaupun makna lebih utama daripada gaya namun aspek stail yang
mempunyai aspek tersendiri
- Penterjemah perlu memastikan gaya yang diterap dalam penterjemahnya
dapat membangkitkan reaksi yang serupa sekiranya membaca karya asal.
Enam aspek penterjemahan yang dikemukakan oleh Nida
menghasilkan empat pedoman untuk memandu para penterjemah memilih apa yang
wajar dalam situasi-situasi tertentu. Pedoman-pedoman tersebut ialah :
- Keselarasan konteks lebih diutamakan daripada keselarasan
cara sesuatu maklumat itu dikemukan, atau keselarasan perkataan demi
perkataan.
- Persamaan dinamis hendaklah lebih diutamakan daripada keselarasan
formal.
- Bentuk - bentuk bahasa yang didengar hendaklah
lebih diutamakan daripada bentuk-bentuk yang ditulis.
- Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih
diutamakan daripada bentuk-bentuk bahasa.
Tugas seseorang penterjemah karya sastera dipenuhi
dengan pelbagai cabaran dan kekecewaan kerana sebenarnya tugas itu tugas yang
hampir mustahil. Ini kerana tidak ada terjemahan yang menyerupai karya asal.
Faktor-faktor yang paling utama ialah kenyataan bahawa
tidak ada dua bahasa di dunia ini yang sama bentuknya, iaitu sama jumlah
perbendaharaan katanya, dan sama peraturan nahunya.
Unsur-unsur bahasa yang sering kali berbeza antara
satu bahasa dengan bahasa lain ialah:
i. Unit-unit nahu
Contohnya dalam bahasa Inggeris ada tiga
ganti nama iaitu “he”, “she” dan “it”. Ia tidak boleh digunakan
sewenang-wenangnya. Sebaliknya dalam bahasa Melayu hanya ada dua ganti nama
dalam jenis tersebut iaitu “dia” dan “ia”. Penggunaannya tidak serupa dengan
peraturan dalam Bahasa Inggeris.
ii. Penggunaan perkataan
Contohnya perkataan “you” dalam bahasa
Inggeris boleh digunakan kepada sesiapa sahaja.. Tetapi dalam bahasa Melayu
kita tidak boleh menggunakan “awak” dengan bebas. “Awak” hanya boleh digunakan
kepada orang sedarjat atau lebih rendah.
iii. Persamaan bidang makna perkataan
Contohnya perkataan durian, keris, songkok
dan lain-lain tidak terdapat dalam bahasa Inggeris. Ada pula perkataan yang
hampir-hampir sama maknanya seperti 'tajak' dalam bahasa Melayu dengan “hoe”
dalam bahasa Inggeris. Tajak dengan “hoe” tidak sama bentuknya tetapi mempunyai
fungsi yang serupa.
iv. Rima dan rentak
Unsur rima dan rentak dalam sesuatu bahasa
tidak sama antara satu sama lain, itulah sebabnya sukar untuk menterjemah karya
seperti pantun yang sangat bergantung pada rima dan rentak ke dalam bahasa
lain.
v. Permainan perkataan
Sesuatu perkataan yang digunakan itu
disusun dan diulang secara yang istimewa dan unik. Ciri-ciri unik ini biasanya
tidak dapat dipindahkan ke dalam bahasa lain.
vi. Penggunaan struktur nahu yang menyimpang daripada
kebiasaan
Faktor kedua yang menyebabkan penterjemah
terpaksa melakukan perubahan ialah kelainan kebudayaan karya asal dengan
kebudayaan bahasa penerima. Semakin luas perbezaan antara kedua-duanya, semakin
banyak perubahan yang terpaksa dibuat.
No comments:
Post a Comment