Friday, 8 March 2013

PENTERJEMAH



Tokoh penterjemah al Qur’an ke bahasa Jepun…

Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam.
Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 1886. Beliau berkelulusan dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911, di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.
Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua Turus Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris, Sanskrit dan Bahasa Arab.
Beliau juga pernah menjadi seorang professor di Universiti Hosei pada tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian falsafah asing, beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada kebangkitan falsafah tradisional ketimuran Jepun.
Tidak dapat saya pastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam. Namun beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati boleh menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara tentera AS.
Imam Shūmei Ōkawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas A (bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.
Beliau telah dituduhkan sebagi seorang yang mengalami ketidakstabilan mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun sebelum kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, sebuah hospital mental yang terkenal.
Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shūmei Ōkawa pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama.
Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan balik semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.
Subhanallah, Alhamdulillah…. semua orang yang membaca al Qur’an di Jepun pastinya dapat mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur’an hasil daripada pengorbanan Imam Okawa selama ini.
Semoga Allah mengurniakan kepadanya Syurga Firdaus al’aala.
Baca juga:
4-http://sheikyermami.com/2012/09/08/islam-in-japan/comment-page-1/






Tuesday, 26 February 2013


PENTERJEMAHAN AL-QUR'AN


Kumpulan ke 2 :

Nama sungai, laut, lembah, gunung, bukit dan terjemahannya.



 –Šuqtƒr&   öNà2߉tnr& br& šcqä3s? ¼çms9 ×p¨Yy_ `ÏiB 9@ŠÏ‚¯R 5>$oYôãr&ur “̍ôfs? `ÏB $ygÏFóss? ㍻yg÷RF{$# ¼çms9 $yg‹Ïù `ÏB Èe@à2 ÏNºtyJ¨W9$# çmt/$|¹r&ur çŽy9Å3ø9$# ¼ã&s!ur ×p­ƒÍh‘èŒ âä!$xÿyèàÊ !$ygt/$|¹r'sù Ö‘$|ÁôãÎ) Ïm‹Ïù Ö‘$tR ôMs%uŽtIôm$$sù 3 šÏ9ºx‹x. ÚúÎiüt7ムª!$# ãNà6s9 ÏM»tƒFy$# öNä3ª=yès9 šcr㍩3xÿtGs? ÇËÏÏÈ  
Tafsir ayat Mushaf Malaysia :

Adakah seseorang antara kamu suka mempunyai sebuah kebun yang terdiri daripada pokok Tamar (kurma) dan anggur yang mengalir di bawahnya beberapa anak sungai, dia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, tetapi dia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang lemah-lemah (masih kecil, tiba-tiba kebun itu diserang oleh angin taufan yang mengandungi api sehingga terbakarlah kebun itu ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan) supaya kamu berfikir (mengambil iktibar).

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman :

Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (korma) dan anggur , yang mengalir di bawahnya beberapa sungai , ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan , sedang ia sudah tua dan  mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakar? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu  keterangan-keterangan supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar)
(surah al-Baqarah : 266)

Ulasan : Perbezaannya ialah tafsir ayat Mushaf Malaysia menafsirkan “anak sungai”, manakala tafsir Pimpinan Ar-Rahman menafsirkan “beberapa sungai”.


Í‘q’Ü9$#ur ÇÊÈ  
Tafsir ayat M.M : Demi gunung Tursina  

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman : Demi Gunung Tursina. (At- Tur : 1)

Ulasan : Tiada perbezaan kerana kedua-dua tafsir telah sama-sama menafsirkan “gunung”




Í‘qèÛur tûüÏZÅ™ ÇËÈ  
Tafsir ayat M.M : Dan demi bukit Tursina

Tafsir pimpinan Ar-rahman : Dan Gunung Tursina. (At-Tin : 2).

Ulasan : Perbezaannya ialah tafsir ayat M.M menafsirkan “bukit”, manakala tafsir P.AR menafsirkan “gunung”.



tA$t7Ågø:$#ur $yg9y™ö‘r& ÇÌËÈ  
Tafsir M.M :
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan kedudukan (di bumi sebagai tiang pasak yang tetap )

Tafsir pimpinan Ar-rahman :
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi sebagai pancang pasak yang menetapnya)
(An-Nazi’at :32)

Ulasan : Tiada perbezaan kerana kedua-dua tafsir telah sama-sama menafsirkannya sebagai “gunung-ganang”.



tA$t7Ågø:$#ur #YŠ$s?÷rr& ÇÐÈ  
Tafsir M.M : Dan gunung-ganang sebagai tiang pasaknya

Tafsir pimpinan Ar-rahman : Dan gunung-ganang sebagai pasaknya ?.  ( An-Naba’ : 7)

Ulasan : Tiada perbezaan kedua-dua tafsir telah menafsirkannya sebagai “gunung-ganang”.




̍óst7ø9$#ur Í‘qàfó¡pRùQ$# ÇÏÈ  
Tafsir M.M : Dan demi laut yang panas meluap-luap (pada hari kiamat)

Tafsir Pimpinan Ar-rahman : Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan)
( At-Tur : 6)

Ulasan : Tafsir M.M telah menafsirkannya sebagai “demi laut yang panas meluap-luap”, manakala tafsir P.AR telah menafsirkannya sebagai “demi laut yang penuh tepu”




#sŒÎ)ur â‘$ysÎ7ø9$# ôNtÉdfß™ ÇÏÈ  
Tafsir  M.M : Dan apabila lautan dipanaskan (menyala-menyala).

Tafsir P.AR : Dan apabila lautan meluap-luap bercampur- baur.

Ulasan : Terdapat perbezaan kerana tafsir M.M menafsirkannya “lautan dipanaskan” manakala tafsir P.AR menafsirkannya “lautan meluap-luap”.



ŒÎ) NçFRr& Íourô‰ãèø9$$Î/ $u‹÷R‘‰9$# Nèdur Íourô‰ãèø9$$Î/ 3“uqóÁà)ø9$# Ü=ò2§9$#ur Ÿ@xÿó™r& öNà6ZÏB 4 öqs9ur óO›?‰tã#uqs? óOçGøÿn=tG÷z]w ’Îû ω»yèŠÏJø9$#   `Å3»s9ur zÓÅÓø)u‹Ïj9 ª!$# #XöDr& šc%Ÿ2 ZwqãèøÿtB šÎ=ôguŠÏj9 ô`tB šn=yd .`tã 7poYÍh‹t/ 4Ózóstƒur ô`tB  †yr .`tã 7poYÍh‹t/ 3 žcÎ)ur ©!$# ìì‹ÏJ|¡s9 íOŠÎ=tæ ÇÍËÈ  
Tafsir M.M :                                                 

42. (Iaitu) ketika kamu berada di tepi lembah Yang dekat (ke Madinah) dan mereka (pihak musuh) berada di tepi lembah Yang jauh (dari Madinah), sedang Kafilah (pembawa dagangan musuh) berada di tempat Yang rendah dari tempat kamu (di tepi laut). dan kalaulah kamu berjanji (dengan mereka mengenai peperangan itu) nescaya kamu akan berselisih pada menentukan harinya. akan tetapi (pertemuan angkatan kamu Dengan angkatan mereka Yang tidak disangka-sangka itu) ialah supaya Allah melakukan suatu perkara (Kemenangan Islam) Yang telah ditetapkan berlakunya, Iaitu supaya orang (kafir musyrik) Yang binasa itu, binasa Dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang (Islam) Yang hidup itu, hidup Dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.   
                       
Tafsir P.AR :
Iaitu tatkala kamu berada d itepi lembah yang dekat (ke Madinah) dan mereka (pihak musuh) berada di tepi lembah yang jauh (dari Madinah), sedang kafilah (pembawa dagangan musuh) berada di tempat yang rendah dari tempat kamu (di tepi laut) surah al-anfal :42

Ulasan : Tiada perbezaan kedua-dua tafsir telah menafsirkannya sebagai “lembah”.



Ÿwur šcqà)ÏÿYムZps)xÿtR ZouŽÉó|¹ Ÿwur ZouŽÎ7Ÿ2 Ÿwur šcqãèsÜø)tƒ $ºƒÏŠ#ur žwÎ) |=ÏGà2 öNçlm; ÞOßgtƒÌ“ôfu‹Ï9 ª!$# z`|¡ômr& $tB (#qçR$Ÿ2 tbqè=yJ÷ètƒ ÇÊËÊÈ 

Tafsir M.M :

121. dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan Yang kecil, atau Yang besar; dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas Dengan balasan Yang lebih baik dari apa Yang mereka telah kerjakan.

Tafsir P.AR :

Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil,atau yang besar,dan tidak mereka melintas sesuatu lembah,melainkan ditulis(pahala) bagi mereka : supaya Allah membalas dengan (balasan)yang lebih baik daripada yang mereka telah kerjakan.            Surah Attaubat : 121

Ulasan : Tiada perbezaan diantara kedua-dua tafsir telah menafsirkannya sebagai “lembah”.