Tokoh
penterjemah al Qur’an ke bahasa Jepun…
Imam Shūmei
Okawa (大川
周
明
Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang
nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama
Islam.
Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada
tahun 1886. Beliau berkelulusan dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911,
di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.
Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua
Turus Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga
mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris,
Sanskrit dan Bahasa Arab.
Beliau juga pernah menjadi seorang professor di
Universiti Hosei pada tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian
falsafah asing, beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah
sosial dan masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada
kebangkitan falsafah tradisional ketimuran Jepun.
Tidak dapat saya pastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam.
Namun beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh
beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati boleh
menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga menyebabkan
beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara tentera AS.
Imam Shūmei Ōkawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga
sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas A
(bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.
Beliau telah dituduhkan sebagi seorang yang mengalami
ketidakstabilan mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun
sebelum kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital,
sebuah hospital mental yang terkenal.
Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shūmei Ōkawa
pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di
hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa
Jepun yang pertama.
Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan
balik semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.
Subhanallah, Alhamdulillah…. semua orang yang membaca al
Qur’an di Jepun pastinya dapat mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur’an
hasil daripada pengorbanan Imam Okawa selama ini.
Semoga Allah mengurniakan kepadanya Syurga Firdaus al’aala.
Baca juga:
4-http://sheikyermami.com/2012/09/08/islam-in-japan/comment-page-1/
No comments:
Post a Comment